Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew, sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan kerjasama terbarunya bersama pempengaruh Jepun, iaitu Bayashi TV.
Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram Bayashi, Ebit Lew, yang juga terkenal dikenali sebagai Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, dilihat mempamerkan kemahiran masakannya dengan menyediakan hidangan nasi goreng bersama pempengaruh tersebut.
Lebih dari konten masakan, Ebit dan Bayashi TV juga telah mengedarkan nasi goreng yang dimasak kepada gelandangan di bandaraya Tokyo, Jepun.
Netizen rata-rata memuji pendakwah Ebit Lew yang terus-menerus memberikan inspirasi dan komitmen untuk menyebarkan kebaikan, walaupun berada dalam situasi yang agak sukar ketika ini.
Sumber: Instagram