China baru-baru ini mengambil tindakan tegas terhadap pelawak Malaysia Nigel Ng, yang lebih dikenali sebagai Uncle Roger, kerana kenyataannya mempersendakan Beijing dan dasar One China.
Akibat dari gurauan tersebut, akaun Weibonya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut telah disekat. Weibo menyatakan bahawa akaun itu telah melanggar peraturan mereka. Tambahan pula, akaun Ng di Bilibili, tapak perkongsian video yang berpangkalan di Shanghai, turut digantung.
Insiden itu berlaku selepas klip yang dikongsi di Twitter, di mana Uncle Roger secara santai mengkritik rangkaian pengawasan Beijing dan membuat jenaka tentang Taiwan dan dasar One China.
Uncle Roger got canceled in China. BOTH Weibo and Bilibili suspended his account. pic.twitter.com/7QTqdVriJ4
— Carl Zha (@CarlZha) May 20, 2023
Sebagai tindak balas, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta), dan mengeluarkan amaran tindakan undang-undang yang lebih tegas berikutan jenaka yang dianggap melampau, khususnya terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Sumber: Twitter