Pempengaruh, Ubai, menjadi perhatian sekali lagi apabila dia melamar kepada penyanyi Shila Amzah.
Dihantar melalui akaun TikToknya, Ubai berkongsi detik manis apabila dia meminta Shila menjadi isterinya. Video itu turut merakamkan pasangan itu sedang menikmati makan malam di tepi tasik, dengan kedua-duanya berpakaian baju sedondon serba putih.
Kelihatan Shila terkejut dan segan apabila melihat pinangannya itu menggantungkan kain rentang di atas jambatan sdengan ayat padu, “Will you marry me, Sha?”
@ubaimz She said yes ! #sembangentertainment ♬ A thousand years – Zeus
Ubai juga turut menghadiahkan Shila sebentuk cincin, dan sejambak bunga kepada tunangnya itu.
“Dari peminat – bff – couple – tunang – sooooonnn InsyaAllah. Korang buat aku nangis lah!.” – komen MS
“Bertuahnya sidia. Susah nak dapat lelaki seumur ubai boleh bahagiakan perempuan sampai macam tu sekali. Airmata aku menitik” – kata Amalia
“semoga urusan pernikahan sha dan ubai dipermudah dan kekal bahagia hingga ke Jannah..aamiin” – dari @zurqiziz27
Terdahulu, majlis pertunangan mereka telah berlangsung pada 27 Mei lepas dalam suasana tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan sahaja.
Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, tetapi mereka bercerai pada Februari 2022. Bekas pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.
Sumber: TikTok