PicsArt 10 20 12.24.19
in

Tiz Zaqyah tak berani makan pisang di tempat awam, bimbang lelaki fikir kotor

Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan keengganannya untuk makan buah pisang secara terbuka di tempat umum, berikutan pemikiran kotor segelintir lelaki.

“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,”

Berkongsikan cerita itu di Twitter, Tiz yang nama sebenarnya Siti Zaqyah Abd. Razak, mengaku bahawa dirinya masih ragu-ragu untuk makan buah tersebut di khalayak ramai.

Bintang popular drama bersiri “Nur” itu menyokong dan berkongsi tweet daripada rakan pengguna lain, yang sering menghadapi situasi menikmati buah tersebut sering di ‘sexualise’ oleh segelintir orang yang berfikiran kotor.

Seorang pengguna Twitter turut menyuarakan sentimen yang sama dengan Tiz, dengan menyatakan,

“Kalau terpaksa makan ais krim di tempat awam, saya pilih ais krim yang ada sudu atau pun gigit ais krim itu dan tak jilat.

“Kalau pisang pula, akan patahkannya makan sikit-sikit berbanding makan seperti biasa.”

Sumber: Twitter

whatsapp 2022 sixteen nine

WhatsApp membenarkan pengguna mengedit mesej tetapi hanya selama 15 minit sahaja

Screenshot 520

Gelagat Rita Rudaini menyemak kerja sekolah anaknya buat netizen terhibur