shila amzah ubai endgame
in

‘Terima kasih untuk lima bulan yang indah’ – hubungan Shila Amzah dan Ubai berakhir?

Penyanyi Shila Amzah seperti memberi ‘hint’ dalam hantaran terbarunya di Instagram, bahawa hubungan dia dengan Ubai telahpun tamat.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila,” kongsi Shila.

Dalam hantaran terbarunya itu, penyanyi tersebut mendoakan agar Ubai sentiasa dilimpah ruahkan rezeki, serta akui Ubai adalah lelaki yang sangat baik buatnya.

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi rakan yang hebat kepada saya, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Warga netizen memberi pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut, dan dalam masa sama merasakan hubungan mereka sudah berakhir. Juga dalam InstaStory dari Ubai, dia juga turut mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih cinta,” tulisnya.

Sumber: Instagram

orang asli

Cuaca panas sekarang memaksa Orang Asli di Kelantan pindah untuk tinggal dalam pondok buluh

2088806

Hampir separuh pelajar SPM sesi 2021 memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran