Sofyank
in

Sofyank mempunyai pelan untuk tubuhkan syarikat produksinya akhir tahun ini

Mohamad Sofian Abdullah, 27, atau lebih dikenali sebagai Sofyank, pencipta kandungan VFX yang berbakat, merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun.

“Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat

Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada bakat tempatan menceburi bidang penciptaan kandungan digital. Pemenang pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge – ‘Magic of the Month’ di Los Angeles, Amerika Syarikat, berhasrat untuk menyambung pelajaran sambil menguruskan syarikat tersebut.

“Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Sofyank terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif. Sofyank telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa, antaranya Paul Ruud (Ant-Man), dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror), selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal Will Smith memuat naik semula video yang telah dimuat-naiknya.

Malah sehingga kini, video ciptaan beliau telah ditonton oleh jutaan pengguna media sosial.

buli gombak

Lagi video buli tular, kali ini dari sebuah sekolah di Gombak

judicial review 2

Diugut bunuh hanya kerana tidak kemas bilik, buruh didenda RM4,000