Screenshot 5
in

Siti Nurhaliza merupakan pembayar zakat tertinggi dalam kalangan artis di Malaysia ​

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan penyanyi di Malaysia. Perkara itu dikongsi moderator semasa forum bernama Bizjihad yang turut dihadiri penyanyi berusia 44 tahun itu dan Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun selaku ahli panel.

Siti yang terkenal dengan lagu hit “Biarlah Rahsia” tidak pernah gagal membayar zakat sejak lima tahun lalu di LZS.

ctzakat17 HMfield image socialmedia.var 1700183463

“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih tepat kategori penyanyi, saya boleh katakan Siti adalah pembayar tertinggi zakat di LZS.

“Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Siti.

“Beliau dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya,” kata moderator terbabit.

Siti yang mula membayar zakat di LZS pada 2019 menunaikan zakat di tempat kelahirannya di Pahang sehinggalah dia berkahwin. Dia percaya zakat menyucikan harta dan boleh meringankan beban orang lain.

Menurut Siti, perkara pertama yang dilakukannya dengan setiap pendapatan yang diterima ialah membayar zakat.

“Membayar zakat ini memang sudah diingatkan dari kecil lagi sehinggakan setiap pendapatan yang diterima, saya akan buat potongan awal sebelum membayar komitmen lain.

“Bagi saya, ini adalah tanggungjawab setiap umat Islam dan syarikat. Jika kita nak harta kita bersih daripada perkara yang tidak diingini kita kena selalu ingat untuk berzakat,” katanya.

Siti menggalakkan artis lain mengikut jejak langkahnya dan membayar zakat. Beliau percaya adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim dan syarikat untuk membersihkan harta mereka dengan mengeluarkan zakat.

Sumber: Harian Metro

92594691

Kerajaan akan meneruskan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar sehingga 2024

BG edit

Syarikat Malaysia memfailkan saman pelanggaran paten terhadap Apple di Singapura