siti nurhaliza kepci
in

Siti Nurhaliza kongsi pertama kali makan KFC masa umur 14 tahun di KL

Penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, berkongsi kisah baru pertama kali merasai ayam goreng KFC ketika berusia 14 tahun, dua tahun sebelum bergelar penyanyi.

Penyanyi berusia 44 tahun itu mendedahkannya pada Konsert Pesta Muzik Kepci di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi, di mana dia membuat persembahan bersama barisan artis popular Malaysia.

Siti berkata, dia dan adik-beradiknya sering pergi ke Kuala Lumpur dari Kuala Lipis untuk menjamu selera di KFC, memandangkan restoran itu masih belum terdapat di kampung halaman mereka ketika itu.

“Maknanya, kami ada alasanlah untuk datang ke Kuala Lumpur. Waktu itu, KFC belum ada lagi di Kuala Lipis. Jadi, kalau nak makan KFC, kena turun ke Kuala Lumpur lah.

“Itulah detik yang saya takkan lupakan dan tak dinafikan, KFC sudah menyinari seluruh penggemar ayam goreng, termasuklah saya,” ujarnya.

kfc 90an lama
Gambar hiasan

Siti turut teruja dengan sambutan hangat 8,500 penonton yang menghadiri konsert itu malam tadi.

“Alhamdulillah, konsert ini mendapat sambutan hangat. Selepas ini saya akan berada di Larkin, Johor Bahru. Harap sambutannya akan seperti ini juga”

Siti juga bercakap tentang kepentingan muzik dan makanan dalam menyatukan orang ramai.

“Makanan dengan muzik ini tak ada beza. Kedua-dua perkara ini membuatkan kita gembira. Saya sendiri pun pencinta makanan.

“Jadi, bila kita suka makan, kita mendengar muzik yang bagus, kita gembira. Kita perlukan benda-benda positif dalam hidup ini kerana terlalu banyak perkara yang membuatkan kita tertekan,” katanya.

371097797 870582337768645 8412337390316144384 n

Siti kini sedang menunggu kemunculan album terbarunya, Sitism, dalam format album fizikal.

“Album penuh saya akan dikeluarkan dalam bulan depan. Pra-pesanan sudah dibuat sebanyak dua kali dan sambutannya juga menggalakkan. Semuanya habis terjual,” katanya.

Siti berkata, dia gembira melihat sambutan peminat pelbagai artis termasuk artis yang semakin meningkat.

371029558 870582291101983 2498468504074823877 n

“Seronok sebab dapat lihat ramai juga peminat artis-artis yang meningkat naik dan digemari anak-anak muda. Jadi, saya ‘menyelitlah’ juga,” katanya lagi.

Konsert Pesta Muzik Kepci itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Acara itu merupakan perayaan muzik dan budaya Malaysia, dan ia menghimpunkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menikmati malam dengan makanan yang enak, muzik yang sedap dan pergaulan yang baik.

Sumber: Harian Metro

isteri pertama rahim sepahtu kurung dua 2 minggu

Isteri pertama Rahim Sepahtu pernah mengunci diri 2 minggu selepas tahu perkahwinan kedua suami

anwar muhyiddin ilham center

Lebih 90% penjawat awam di 6 negeri masih sokong pentadbiran Muhyiddin – Ilham Centre