WhatsApp Image 2023 09 20 at 5.56
in

Siti Nurhaliza dedah masalah vokal, reda jika suara tidak semerdu dahulu

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah vokal dan pernafasan akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, dia berazam untuk mengatasi cabaran ini dan terus membuat muzik, walaupun ia bermakna menyanyi dengan suara yang berbeza.

“Sampai suatu ketika, apabila masalah vokal ini lama hendak pulih, dalam diri, Siti sudah reda jika Allah hendak tarik sikit suara ini.

“Pada usia 40-an, kalau Allah hendak bagi suara Siti serak atau kasar, Siti okay sahaja.

“Siti anggap ini sebagai ingatan daripada Allah. Insya-Allah, Siti akan jaga (vokal) sebaiknya.

“Ada peminat bercakap mengenai mutu suara Siti. Apa Allah hendak bagi, Dia akan bagi. Kalau kalau Allah hendak tarik, Dia akan tarik.

“Dalam keadaan sekarang, Siti hanya nyanyi ikut kemampuan,” katanya.

DSCF9597

Walaupun ada kalanya tertekan, Siti tidak berputus asa. Dia sedang mendapatkan rawatan pakar dan berdoa agar sembuh sepenuhnya.

“Suara ini aset bagi artis dan besar maknanya.

“Justeru, rasa tertekan itu ada, tetapi Siti tidak terlalu memikirkannya. Bagaimanapun, dalam hati, Siti berharap masalah vokal ini dapat diatasi,” katanya lagi.

Siti turut berkongsi, dia berdoa di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah pada Ramadan lalu agar suaranya disembuhkan.

photo1695216078.jpeg

“Siti berdoa masalah vokal ini segera pulih dan dapat siapkan proses rakaman album SITISM yang sudah beberapa kali tertangguh,” ujarnya.

SITISM ialah album ke-20 Siti, dan ia akan dikeluarkan dalam dua versi: versi digital dengan lapan lagu dan versi deluxe dan fizikal dengan 12 lagu.

Siti menitiskan air mata di majlis pelancaran album itu apabila membawakan lagu Nadi yang mengisahkan dua anaknya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

@f8buzz Sebak biduanita negara kita teringatkan anaknya Aafiyah ketika menyanyikan lagi Nadi di pelancaran album Sitism. Kata @Siti Nurhaliza lagu itu mmg untuk anaknya 🥰 #f8buzzhiburan #sembangentertainment #sitism #sitinurhaliza ♬ original sound – F8Buzz

Sumber: Berita Harian

grab foodpanda

Grab berunding untuk memperoleh Foodpanda dengan nilai RM4.99 bilion

budak dua 2 tahun lintas jalan

Tindakan cuai seorang ibu nyaris menyebabkan anak lelakinya 2 tahun dilanggar kereta