shuib sepahtu bubble bee
in

Shuib akui Bubble Bee tertunggak caruman KWSP pekerja, syarikat telah berunding untuk membayar balik secara ansuran

Penyampai radio dan usahawan terkenal, Shuib, akhirnya mengakui syarikat minumannya, Bubble Bee, telah tertunggak pembayaran KWSP pekerja. Beliau menafikan dakwaan syarikatnya tidak membayar caruman KWSP pekerjanya, namun menjelaskan mereka telah berunding dengan KSWP untuk membuat bayaran caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan sebelum ini.

kwsp 55 tahun

“Saya akui, benar Bubbe Bee ada ‘sangkut’ (tertunggak) bayar KWSP. Cuma saya mahu buat pencerahan, apabila surat layang itu dikeluarkan, seolah-olah kami langsung tidak tahu tentang KWSP kakitangan kami.

“Saya nak beritahu, bermula awal tahun 2023, kami telah berhubung dengan KWSP dan maklumkan kepada mereka situasi yang berlaku (masalah kewangan).

“Tunggakan tersebut, kami tidak boleh bayar sekali gus. Jadi kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran,” jelasnya.

Shuib berkata, dia mula mengalami masalah pengurusan kewangan di Bubble Bee sekitar tahun ketiga beroperasi. Dia mengakui bahawa mereka mempunyai jualan yang sangat tinggi, tetapi salah urus itu membawa kepada keadaan huru-hara. Pada November 2022, Shuib dan rakan kongsi lain mengambil alih segala-galanya, termasuk pengurusan kewangan.

Shuib juga menjelaskan bahawa tahun 2023 merupakan tahun yang sukar bagi industri makanan dan minuman, dan jualan mereka telah jatuh teruk. Mereka mempunyai banyak perbelanjaan yang perlu dibayar, dan itulah sebabnya mereka telah berunding dengan KWSP untuk membuat bayaran ansuran.

Shuib menegaskan bahawa dia menyedari perkara itu dan dia bukan sekadar “berpeluk tubuh” sahaja. Dia berkata bahawa mereka telah membuat beberapa pembayaran dan mereka komited untuk membayar selebihnya secepat mungkin.

1610940575WhatsApp Image 2021 01 18 at 11.02.23

“Jadi kalau tulisan yang sedang tular itu menampakkan kami memang buat tidak tahu pada caruman KWSP kakitangan kami, itu adalah salah.

“Kita ada berhubung dengan KWSP dan berunding. Sebab kita tidak boleh bayar sekali gus, kita bayar sikit-sikit,” jelasnya.

Shuib menambah lagi bahawa dia membuat penjelasan ini bagi mengelakkan salah faham dan untuk memastikan semua pekerja dibawah Bubble Bee tidak mengambil hak pekerja. Katanya, menjadi tanggungjawabnya sebagai pengasas dan pemegang saham dalam Bubble Bee memastikan caruman KWSP dibayar.

@shuibsepahtu Salam Jumaat.Pencerahan tentang KWSP staff BUBBLEBEE 🙏 Terima kasih di atas support 💪 @BubbleBee #BubbleBeeMalaysia ♬ original sound – Shuib Sepahtu

“Sepanjang tiga tahun beroperasi, kami tidak pernah tidak membayar gaji pekerja. Kalau sampai orang kata saya bermewah-mewah, takkan saya nak beritahu berapa banyak duit saya sendiri keluarkan.

“Saya anggap ini sebagai dugaan dalam perniagaan. Saya perlu hadapinya. Sebab kami di Bubble Bee percaya boleh pergi sangat jauh dengan pengurusan yang betul.

“Sekali lagi, saya mahu memohon maaf kepada kakitangan Bubble Bee dan kepada bekas kakitangan atas kekurangan ini. Insya-Allah kita akan selesaikan secepat mungkin supaya tidak timbul salah faham,” ujarnya.

Shuib turut memohon maaf kepada kakitangan Bubble Bee dan bekas kakitangan atas kesulitan tersebut. Katanya, pihaknya komited untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

Sumber: TikTok

projek ternakan kambing

Kambing import murah RM250 seekor dari Thailand dikatakan kacau pasaran tempatan

umbrella rain monsoon season

Hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Timur Sabah dari 16-18 November