shila amzah ubai tunang
in

Shila Amzah mahu netizen berhenti guna hashtag tak senonoh itu

Penyanyi Shila Amzah, yang juga dikenali sebagai Nurshahila Amir Amzah, meluahkan rasa kurang senang terhadap netizen yang telah menggabungkan namanya dengan tunangnya Ubai, dengan mencipta nama hashtag yang membawa maksud yang negatif.

Screenshot 2023 06 13 at 8.02.59 PM

“Hashtag itu (#ShiBai) kan bunyinya tidak elok, kemudian orang ramai suka buat bergurau dengan perkara itu jadi saya tidak suka,” katanya.

Semasa siaran langsung di akaun Instagramnya, dia secara terbuka berkongsi ketidaksetujuannya dan menyebut bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk berdepan dengan mereka yang menggunakan nama sedemikian untuknya.

“Saya juga tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka.

“Kalau mereka buat juga maknanya mereka tiada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag itu,” jelasnya.

Shila telah menggesa peminatnya untuk menghormati pendapat dan pendiriannya mengenai perkara tersebut, sambil menekankan bahawa adalah lebih baik untuk menggunakan nama individu mereka.

Shila dan Ubai bernikah pada 27 Mei lalu secara tertutup selepas menjalinkan hubungan sejak Februari lalu.

Sumber: mStar

GettyImages 520045105 5af2120f6bf0690037c86684

Anda perlu gaji lebih RM7,000 bagi yang berkeluarga untuk tinggal di Lembah Klang

alex jecelyn

Pelancong asing Alexey Brock mempersoal sketsa jenaka Jocelyn Chia