Penyanyi Shila Amzah, 33, dan pempengaruh Ubai, 25, telah mengumumkan pertunangan mereka hari ini. Berita gembira itu dikongsikan melalui akaun Instagram oleh Ubai (@ubaimz) sebentar tadi.
Dalam hantaran tersebut, turut disertakan gambar majlis pertunangan mereka berdua, mengenakan pakaian sedondon rona ungu sambil duduk di atas pelamin.
Untuk memberikan sedikit konteks, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Februari 2022. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Seth.
Sebelum ini, orang ramai mendakwa hubungan mereka telah putus setelah 5 bulan bersama, apabila disalah erti hantaran Shila Amzah di Instagramnya. Rupa-rupanya bukan putus yang dimaksudkan, tapi meningkat maju dalam perhubungan mereka.
Tahniah Shila Amzah dan Ubai.
Sumber: Instagram