WhatsApp Image 2023 11 17 at 10.36.09 1ba0750a
in

Sharnaaz Ahmad bebas dari tuduhan kes tumbuk pengawal keselamatan

Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad telah dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan insiden serangan yang berlaku di sebuah kondominium di Jalan Dutamas tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim hari ini selepas mempertimbangkan dengan teliti hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

“Setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memerintahkan supaya Orang Kena Saman (OKS) (Sharnaaz) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu manakala wang jaminan dikembalikan,” katanya.

FW1283279 KL08 18012023 MAHKAMAH SHARNAAZ 960x640 1

Terdahulu dalam prosiding itu, peguam Sharnaaz, Datuk Wan Azmir Wan Majid, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasukan pembelaan telah menerima surat jawapan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan hasrat mereka untuk menarik balik kes itu. Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal bersetuju dengan kenyataan tersebut, mengesahkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan untuk meneruskan pembebasan Sharnaaz tanpa pertuduhan lanjut.

Sebagai maklum balas, Datuk Wan Azmir Wan Majid dengan tegas meminta anak guamnya bukan sahaja dilepas tanpa dibebaskan, sambil menegaskan pengadu sendiri telah menarik balik kes itu.

“Pengadu telah membuat laporan polis menarik balik kes, saya pohon satu keputusan lepas dan bebas diberikan kepada Sharnaaz,” kat peguam itu.

Mengikut pertuduhan awal, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 27 tahun di kawasan lif pintu masuk kondominium itu pada 16 Jun 2022, kira-kira jam 8.30 malam. Pendakwaan terhadap pelakon “Suami Saya Encik Sotong” itu berdasarkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

2426278

“Alhamdulilah, walaupun mengambil masa panjang sedikit tetapi saya bersyukur, lega dan akhirnya saya seorang yang bebas.

“Walaupun ia soal remeh tapi ia melibatkan soal reputasi dan perjalanan karier saya,” kata pelakon itu.

Tahun lalu, timbul laporan media yang mendakwa seorang pelakon lelaki berusia 30-an ditahan reman selepas disyaki menyerang seorang penduduk kondominium di Segambut. Pelakon yang tinggal di kondominium sama itu didakwa menumbuk dan menendang mangsa berikutan pertengkaran mulut dengan mangsa dan seorang pengawal keselamatan berhubung cubaan rakan menghantar minyak masak ke unit kondominium itu. Pelakon itu dilaporkan campur tangan dan menyerang mangsa.

Sumber: Buletin TV3

budak 12 tahun melecur teruk

Budak lelaki alami renjatan elektrik semasa mengambil bola dari bilik janakuasa TNB

tun mahathir pusat fisioterapi enaya gaza

Tun Mahathir dukacita kemusnahan Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah & Enaya di Gaza