Aryan Khan Shah Rukh Khan1684563289 0
in

Shah Rukh Khan dituduh beri rasuah 13 juta untuk lepaskan kes dadah anaknya

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) menjadi bualan hangat para peminat di India selepas dituduh merasuah pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) untuk menggugurkan tuduhan dadah terhadap anaknya, Aryan. SRK didakwa menawarkan 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada pegawai Sameer Wankhede, seperti yang digambarkan dalam tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang tular.

Dalam perbualan itu, SRK merayu agar nama anaknya dibersihkan daripada siasatan dadah, yang berpunca daripada insiden di sebuah kapal persiaran pada Oktober tahun 2021. Pengguna media sosial telah menunjukkan gaya hidup mewah Sameer dan kerap melakukan perjalanan ke luar negara sebagai bukti dia menggunakan wang rasuah.

Aryan, bersama tujuh rakannya, termasuk dua wanita, pada mulanya ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah di kapal persiaran tetapi kemudian dibebaskan selepas 28 hari kerana kekurangan bukti. Kertas pertuduhan NCB menyenaraikan 14 individu tertuduh, tetapi menggugurkan enam nama, termasuk Aryan, kerana kekurangan bukti.

NCB melakukan serbuan ke atas kapal persiaran pada 2 Oktober 2021 berdasarkan maklumat mengenai dadah di atas kapal, yang membawa kepada penahanan Aryan elama hampir tiga minggu di dalam penjara sebelum diikat jamin.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan perbincangan meluas di media sosial India, dengan NCB mendakwa Aryan adalah penagih dadah dan terlibat dalam penyeludupan dadah.

Sumber: Sinar Harian

UTU KPDNHEP AZMAN011 preview

Sebarang kontrak bagi tujuan sambung bayar kenderaan adalah tidak sah – KPDN

Cover 97 800x420 1

Pengasuh taska mengaku bersalah cuai sebabkan kecederaan 2 bayi asuhannya