Baru-baru ini, satu trend tular di media sosial Twitter, mengenai artis Malaysia yang paling baik dan paling biadap mereka pernah jumpa atau bekerjasama menerusi siri tweet ‘Nicest, Rudest Celeb You’ve Ever Met’.
Salah seorang artis yang disebut dalam perbincangan itu ialah pelakon serba boleh Scha Alyahya, yang melahirkan rasa terkejut kerana namanya dibincangkan dalam untaian tweet tersebut.
“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.
“Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama,” katanya.
Scha mengakui dia tidak suka dengan orang yang biadap atau berlagak, dan dia sendiri memohon maaf kepada mana-mana peminat atau individu yang mungkin terasa dengan cara layanannya sebelum ini.
“Kalau ada yang pernah mengalami hal kurang menyenangkan begitu dengan saya, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, ada masalahkah, tak sengaja.
“Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro