Pagi tadi, Mamat, bekas ahli kumpulan Sepah, muncul sebagai tetamu khas di rancangan radio Pagi Di Sinar. Suasana meriah apabila Mamat bertemu semula dengan rakan baiknya Jep, berkongsi kenangan lucu tentang dirinya dan Jep yang menerima keputusan peperiksaan SPM mereka.
Selepas sesi perbualan tersebut, Mamat dilihat berkongsi foto bersama Jep dan seorang lagi geng terkenal dari Kulai, iaitu Mawi.
Dalam kapsyen foto itu, Mamat meluahkan rasa rindunya kepada seorang lagi rakan karibnya, Shuib sambil menyatakan walaupun Shuib tidak hadir dalam gambar tersebut, namun persahabatan mereka tetap kekal.
Netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen, menyatakan harapan mereka untuk pertemuan semula trio Mamat, Shuib, dan Jep kembali di pentas komedi lagi.
Sumber: Instagram