Pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia, telah menjawab kontroversi yang menyelubungi jenakanya baru-baru ini tentang Malaysia, dengan menyatakan bahawa dia tidak menyimpan dendam terhadap negara itu dan ia adalah amalan biasa bagi pelawak untuk menghangatkan penonton.
Salah satu jenaka Chia melibatkan kehilangan pesawat Malaysia MH370, yang didakwa dibuatnya dengan muka mengejek. Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa rutin ini telah dilakukan lebih seratus kali tanpa sebarang masalah.
“Saya memang melakukan setiap jenaka saya dengan berhati-hati. Saya berpegang teguh dengan lawak saya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.
“Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan kepada satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko,” katanya.
Chia menekankan bahawa apabila segmen rutin komedinya dibawa keluar dari konteks dan dikongsi di media sosial. Dia juga menyebut bahawa rakyat Singapura mempunyai saingan mesra yang telah lama wujud dengan Malaysia, yang menjadi asas kepada jenakanya.
“Saya tidak berdendam terhadap Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.
“Ahli penonton Malaysia sering datang pada saya selepas selesai melakukan persembahan untuk memberitahu mereka menyukai pertunjukan saya,” ujarnya.
Pelawak itu seterusnya menyatakan bahawa terdapat penonton Malaysia yang berada dalam persembahannya ketika itu, namun mereka tidak tersinggung dengan jenakanya.
Sebelum ini, kerajaan Singapura telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas lawak jenaka yang menyinggung perasaan oleh pelawak Jocelyn Chia itu. Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan menyinggung yang dibuat oleh pelawak itu semasa persembahan komedi berdirinya di Amerika.
Sumber: CNN