Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berpakaian sami Buddha berkata ‘Bismillah’ menyerupai wajah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menjadi tular baru-baru ini.
Bagaimanapun, DSV menjelaskan bahawa wanita dalam video itu bukanlah dia, menolak dakwaan yang didakwa oleh segelintir warga netizen yang nakal.
Usahawan berusia 52 tahun itu menegaskan dia tidak akan sesekali mensyirikkan Allah SWT, semata-mata untuk menghasilkan kandungan.
@cikb_havoc #stitch with @bie'lan@Loso i can confirm that it’s not her😭 @QU PUTEH BARULAH PUTEH #viral #fyp #joke ♬ original sound – cikb_havoc66
“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.
“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.
“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.
Walaupun berdepan kritikan daripada sesetengah netizen, DSV tetap tidak ambil peduli apa orang hendak kata padanya, kerana memang dia tidak melakukan perbuatan yang digambarkan dalam video tersebut. Malah, anak perempuan DSV, Cik B, turut mengesahkan bahawa wanita dalam video itu bukanlah ibunya.
“Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya.
“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya.
Siasatan lanjut di media sosial mendedahkan bahawa wanita dalam video itu sebenarnya adalah penyanyi kelahiran Turkiye bernama Bulent Ersoy, yang sebenarnya beragama Islam.
Semasa lawatan Ersoy ke Nepal baru-baru ini, ketibaannya disambut meriah sehinggakan penduduk tempatan menyembahnya di sebuah kuil.
Sumber: TikTok