Perkahwinan jurulatih Datuk Zainal Abidin dengan penyanyi Fyna Jebat telah berakhir telah disahkan oleh saudara terdekat mereka. Perceraian itu berpunca daripada kurangnya persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
“Apa yang dikongsikan oleh anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu tidak ada persefahaman. Jadi mereka mengambil keputusan untuk bercerai,” katanya
Zahira Aisyah, anak Zainal, turut meluahkan rasa tidak bersetuju dengan sebuah portal hiburan kerana menyiarkan semula kisah lama tentang rumah tangga ibu bapanya selepas empat bulan. Zahira turut menjelaskan bahawa ibunya dan isteri kedua bapanya tidak sehaluan, malah secara terbuka mendedahkan penceraian ayahnya dengan Fyna Jebat.
“Kenapa perlu post balik cerita empat bulan yang lepas? Also, my mom did not ‘berdamai’ with anyone and this story is not true.
“And for your information, my dad has divorced Fyna Jebat. Mohon delete post ini, thank you,”