Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery, telah menjelaskan video terbarunya tentang pekerja kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital, selepas menerima tindak balas daripada ramai warga netizen.
Ryan yang nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, video itu bukan bertujuan untuk menyerang mana-mana pihak, sebaliknya merupakan pengalaman peribadi yang pernah dialaminya sepanjang hidupnya.
@ryanbakery #fyp #rwyfb ♬ original sound – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮
“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya.
Ryan berkata bahawa dia telah menerima banyak mesej daripada orang yang marah kepadanya kerana video berkenaan. Bagaimanapun, katanya, dia turut menerima mesej daripada orang ramai yang memahami niatnya dan menghargai video tersebut.
@mediahiburanofficial Ada yang tersinggung ke? Kata Ryan Bakery, ia hanyalah sekadar konten berdasarkan pengalamannya sebelum ini. Jangan serius sangat okay 👍🏻. Terdahulu, Ryan juga merupakan antara calon-calon yang tersenarai untuk Tik Tok Awards Malaysia 2023. #MHnews #MediaHiburan #tiktokawardsmy ♬ original sound – Media Hiburan
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini.
“Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” jelasnya.
Ryan berkata bahawa dia akan terus membuat video tentang pengalaman peribadinya, tetapi dia akan lebih berhati-hati pada masa hadapan untuk mengelak menyinggung perasaan sesiapa.
Sumber: TikTok