Pelakon Remy Ishak antara ramai yang terkejut dan sedih dengan berita nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.
Remy, 41, berkata, dia telah bertemu juruterbang pesawat ringan terbabit, Kapten Shahrul Kamal, hanya dua hari sebelum nahas.
“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah (Kapten Shahrul Kamal) dan isterinya, Shefa at Mozers Shah Alam.
“Hari ni buka WhatsApp dapat berita sedih ini. I’m so sorry to hear this Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang yang beriman,” kata Remy.
Remy turut berkongsi gambar yang sempat diambilnya bersama arwah semasa pertemuan mereka baru-baru ini.
Nahas pesawat di Elmina mengorbankan 10 orang, termasuk Kapten Shahrul, seorang pemandu kereta, dan seorang penunggang motosikal. Punca nahas masih dalam siasatan.
Tulisan Remy itu telah mendapat sokongan daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga Kapten Shahrul.
Sumbera: Instagram