pelawak tak bayar gaji bubble bee
in

Rangkaian restoran milik pelawak didakwa lambat bayar gaji, cuai caruman KWSP

Sebuah tuduhan serius telah dilemparkan terhadap rangkaian restoran Bubble Bee milik pelawak terkenal Shuib Sepahtu, dengan seorang individu yang tidak dikenali mendakwa syarikat itu telah cuai dalam tanggungjawabnya sebagai majikan, terutamanya dalam carumannya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji.

“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat. Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu?

“Pekerja bukan seorang dua tapi beratus. Benda ini menjadi tanda tanya semua orang yang bekerja di bawah syarikat anda. Masuk sahaja tahun 2023 tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya satu bulan atau pun dua bulan sahaja, itu pun sekadar mengaburi mata pihak yang lain.

“Sekarang ini dah hampir ke penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan bulan yang selebihnya itu ya? Sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada sebarang isu mengenai pembayaran KWSP ni tapi masuk je 2023 hal ini menjadi semakin melampaui batas,” tulis individu berkenaan.

Dalam surat terbuka yang dikongsi di TikTok, individu itu mendakwa Bubble Bee memotong bahagian gaji pekerja untuk caruman KWSP setiap bulan, tetapi tiada transaksi berlaku pada akaun pekerja. Individu itu turut mendakwa syarikat itu sering lewat membayar gaji pekerja sehingga melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.

“Cut off gaji 23 haribulan tapi gaji tetap dapat lewat 7 haribulan ataupun lebih dari 7 haribulan. Setiap double pay dan OT dibayar lewat pertengahan bulan. Kenapa pihak anda sentiasa menunda hak pekeria bawahan anda? Anda boleh membeli warehouse yang baru tapi boleh saya tahu kenapa anda tidak mahu membayar KWSP pekerja anda?

“Orang luar boleh cakap ‘tahniah anak melayu berjaya’ tapi hakikatnya? Kebajikan pekerja hauk, berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ni disebabkan bahagian pengurusan atasan bermasalah dan isu KWSP ini juga.

“Anda nampak gah di mata orang lain tapi hakikatnya anda seperti tin kosong sahaja. Anda sangat terkenal tapi tu bukan tiket untuk anda menganiayai orang yang sedang mencari rezeki. Jagalah imej anda dengan baik, kerana bila-bila masa sahaja anda akan jatuh,” luahnya.

Individu itu seterusnya mendakwa keuntungan syarikat untuk 2022 adalah RM150 juta, tetapi pekerja telah dinafikan tuntutan perubatan, bonus, dan wang raya. Individu itu juga mendakwa aduan kepada KWSP dan buruh telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan dari pihak bertanggungjawab.

“Akhir sekali, majikan bermewah-mewahan tapi pekerja tercungap-cungap. Semoga ada keadilan yang akan menyusul untuk anak-anak lebah yang telah mahupun yang sedang membanting tulang walaupun langsung tidak dihargai majikan. Mohon doakan,” tulisnya.

Individu itu turut menyertakan tangkapan skrin yang menunjukkan dia telah disekat daripada mengikuti akaun Shuib.

Sumber: TikTok

abang red blazer mohon maaf

‘Abang Red Blazer’ mohon maaf atas kelakuan biadap serta semua rakyat Sabah

missfazura 1699319045 3230444749353539274 143699958 e1699587385759

Naratif “Perang Dingin” tidak benar, Nur Fazura balas dakwaan fitnah peminat tegar artis lain