Penyanyi terkenal Anuar Zain tegas dalam keputusannya menolak tawaran untuk menjadi sebagai juri pertandingan nyanyian. Anuar, yang nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, telah menolak banyak tawaran sejak 10 tahun lalu. Dia kini memfokuskan kepada keselesaan dirinya dengan hanya tumpu pada kerjaya nyanyiannya.
Penari berbakat “Sedetik Lebih” itu melahirkan rasa simpati terhadap rakan-rakan selebriti yang berdepan kritikan kerana menunaikan tugas sebagai juri. Anuar terkejut dan sedih dengan komen keras oleh penonton yang menghentam rakan artis mereka, hanya disebabkan mereka melunaskan tanggungjawab sebagai juri pertandingan.
“Secara peribadi penjurian bukan bidang saya.Ini bagi pihak saya sendiri, jangan salah anggap pula. Terpulang pada orang lain untuk menerima tanggungjawab tersebut.
“Biarlah saya menyanyi dan buat persembahan sahaja. Saya rasa saya tak sesuai dan tak layak menilai orang lain walaupun acara hiburan itu berprestij.
“Penyokong yang terlalu sayangkan seseorang penyanyi, adakalanya beremosi sampai tidak dapat menerima komen juri, sedangkan pihak terbabit memberi teguran jujur demi kebaikkan peserta.
“Setiap artis itu ada jiwa sensitif di dalam diri. Kadang-kadang orang suka kecam tanpa ada ilmu. Mereka komen secara kasar dan guna bahasa kesat. Kita pun terkejut macam mana mereka boleh keluarkan ayat begitu,” luahnya.
Anuar, penghibur kesayangan yang sudah hampir empat dekad dalam industri, memberitahu bahawa dia hanya dua kali menerima tugas sebagai juri jemputan dalam sepanjang kariernya, iaitu semasa rancangan Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan Malaysian Idol.
Sumber: Kosmo Digital