Pengusaha kek bernama Riduan Noor, berkongsi rasa teruja selepas bermimpi bertemu penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengunjungi kedainya dan menyatakan minat untuk membeli kek berbentuk ladam kudanya. Dia menyebut bahawa Siti menikmati kek itu, dan memuji rasanya.
Riduan menyuarakan harapan agar impiannya menjadi kenyataan suatu hari nanti, menunjukkan hasratnya untuk bertemu dengan idolanya, Siti Nurhaliza.
@riduannoor95 Mungkin sebab saya suka dengar lagu tokti😅 #tokti #sitinurhalizagallery #city #riduannoor95 #kelakar ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
“Masya-Allah, tuan-tuan dan puan-puan, saya dapat satu mimpi, mimpi ini macam kelakar juga.
“Saya mimpi Siti Nurhaliza datang di bakery saya, tempat saya berniaga dan membuat kek. Tiba-tiba dia mahu membeli kek saya.
“Dia request, minta perisa crunchy. Dalam mimpi itu juga, Siti Nurhaliza makan kek saya dan puji sedap, masya-Allah,” katanya
Rata-rata netizen yang mendengar ceritanya turut sama mendoakan agar usahawan itu berpeluang bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.
Sumber: TikTok