Pempengaruh media sosial yang kontroversi, Abang Tesla, akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, di media sosial.
Abang Tesla yang nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, telah memuat naik foto dirinya bersama dua isteri di akaun Instagram miliknya. Foto itu diberi kapsyen “Pergi Umrah dan Turki bersama dua isteri saya.”
Hantaran itu pantas menjadi viral, dengan ramai netizen mengulas kecantikan kedua-dua isteri.
“Muka isteri pertama cantik sangat memang sama muka dengan Abang Tesla nampak berseri-seri sangat. Mungkin jodoh mereka memang kuat apa jadi pun InsyaAllah mungkin tak akan goyah,” komen seorang netizen.
“Kenapa rasa muka isteri pertama dia dari pertama kali tengok berseri-seri sangat muka. Sempga dapat umrah yang mabrur buat ketiga-tiganya,” ulas seorang lagi.
“Kedua wanita ini baik hati dan budi pekerti sebab itu Allah izinkan. Janganlah kecam, dia juga manusia. Isteri dia izin dan redha, doalan semoga tujuan perkahwinan kita semua dirahmati Allah,” komen Afnan pula.
Abang Tesla berkahwin dengan isteri keduanya selepas beberapa bulan dating melalui platform media sosial. Dia turut memaklumkan selepas berkahwin dia sudah menyediakan kediaman untuk isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.
Terdahulu, video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla mencetuskan sensasi apabila lelaki itu menunjukkan aksinya bersama isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari ketika solat subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.
Sumber: Instagram