amir ahnaf dikatakan sombong
in

Peminat memberitahu Amir Ahnaf sombong untuk bergambar dan melayan peminat

Pelakon Amir Ahnaf baru-baru ini menjadi diskusi warga netizen selepas insiden yang dia didakwa enggan melayan peminat.

Insiden itu terbongkar apabila seorang individu berkongsi kekecewaannya di platform TikTok, selepas permintaan mereka untuk bergambar dengan pelakon itu ditolak.

Pertemuan itu berlaku pada sebuah program nyanyian, dan individu itu mendakwa telah menunggu Amir sebanyak dua kali.

7241094630572330241

7241094630572330241 1

Saya dan dua rakan lagi tunggu Amir untuk tangkap gambar bersama. Dia (Amir) nampak kami tapi tidak layan dan terus turun naik lift.

Kami turun guna tangga sebab nak jumpa di lift lobi. Salah satu kawan saya minat Amir semenjak dari High Council. Jadi lepas Amir turun lift, dia hanya duduk dalam lift dengan tiga bodyguards depan pintu lift.

Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.

Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat.

Kawan saya panggil Amir sendiri, dan Amir hanya tengok dia dengan muka yang kurang menyenangkan dan palingkan muka.

7241094630572330241 2

Mereka seterusnya menyatakan bahawa pelakon itu langsung tidak minta maaf atau tersenyum kepada mereka, yang tidak sabar menunggu untuk mengambil gambar bersama.

Individu itu melahirkan harapan agar Amir lebih menghargai peminatnya, sambil menekankan bahawa tahap kejayaannya sekarang adalah disebabkan peminat.

Sumber: TikTok

laki gila baling air

Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena muka kanak-kanak 4 tahun

remaja 13 tahun lori roro

Remaja umur 13 tahun ditahan kerana pandu lori RORO buat kerja ‘part time’