Penggemar kereta mewah baru-baru ini berkumpul di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, untuk sesi menonton filem Fast X. Opai, suami kepada selebriti terkenal Fatin Afeefa, antara individu yang hadir.
Opai, yang memiliki McLaren 570S convert 600LT, berkongsi video di akaun TikTok miliknya, @diariseorangtrader, menyatakan kumpulan eksklusif mereka hanya menerima kereta supercar, bermula daripada model Nissan GT-R R35 keatas.
@fk8rska sedih mat kena hina mcm ni… motorsport scene patut utk menyatukan bukan utk pecah belah… apatah lg hina menghina… patut makin hebat jentera , makin baik contoh dan tauladan yg diberi…. hmm entah la.. #opaihinahonda #hondaterluka #bertahanterluka #hondagang #hondacivic #hondacivictyper #eg6malaysia #kswap #fk8 #fk8typer @𝙎𝙆𝘼 𝙍𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙𝘾𝙖𝙧 🇲🇾 ♬ original sound – Jayhadee®️
“Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta AMG, Honda pekak, itu semua bukan supercar.
“Supercar ini paling kurang pun GT-R, itu entry level. Golongan elit. Adalah dua tiga nak masuk tadi. Kita dah halau, kita kata jangan bawa najis dekat sini.
“Tadi ada dua biji Honda FK8R, kita kata – ‘Woi, jangan hina kami!”.
Video ini mendapat perhatian anakanda Sultan Johor, YAM Tengku Panglima Johor (TPJ), meluahkan kekecewaan dan kesedihan berhubung kenyataan Opai itu dalam sebuah hantaran Instagram.
TPJ menegaskan bahawa setiap kereta mempunyai keunikan tersendiri, dan tanpa mengira model, setiap manusia telah bekerja keras untuk membeli kenderaan mereka yang mereka mampu.
“Bersangka baik dan bersyukur sentiasa kerana apa yang Allah berikan kepada kita boleh diambil dengan sekelip mata.
“Mereka yang tidak mampu untuk memandu supercar telah berjimat pendapatan yang mereka dapat untuk beli kereta yang mereka mampu. Mereka telah bekerja keras untuk memiliki kereta! Salam sejahtera kepada semua peminat kereta di luar sana,” petik perkongsian YAM TPJ.
Netizen menghargai perspektif TPJ tersebut, mengakui bahawa setiap orang harus berbangga dengan pencapaian individu mereka, tanpa mengira kereta yang mereka pandu.
Susulan kontroversi itu, Opai mengeluarkan permohonan maaf di Instagram Story miliknya, menjelaskan bahawa video itu dicipta secara spontan sebagai bahan jenaka di kalangan rakan-rakan.
@abeyjaawithfad_ Steadyy Opaii Alpiaw Buat Permohonan Maaf🙏🏻 Mengenai Content Yang Viral Di Pavilion #fyp #honda #opaialpiaw ♬ original sound – Pemain Bola
Sumber: TikTok