noh salleh nikah
in

Noh Salleh tamatkan zaman duda, sah menjadi suami kepada Fatin Athira

Penyanyi Noh Salleh, 38, telah menamatkan zaman dudanya selepas sah bergelar suami kepada peguam Fatin Athira Mustapa, 30, pada hari Sabtu, 23 Ogos 2023.

Berita gembira itu dikongsi Noh menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Tanjung Malim, Perak.

Dalam acara itu, Noh dan Fatin tampil memakai pakaian serba putih jenama fesyen tempatan, Fidae.

Khabar angin mengenai perkahwinan Noh tersebar selepas kad jemputan majlis itu menjadi viral sejak awal Ogos lalu.

Dimaklumkan menerusi sumber bahawa majlis resepsi perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di lokasi sama pada waktu petang yang sama.

Noh sebelum ini berkahwin dengan bekas penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Pasangan itu tidak dikurniakan zuriat sebaliknya dikurniakan seorang anak angkat bernama Musa. Noh dan Mizz Nina mengumumkan perceraian mereka pada bulan Ogos 2022 lalu.

Sumber: Instagram

penerjun tentera jatuh sawah angkin kencang kuat

Real Crash Landing on You, askar mendarat cemas di sawah akibat angin kencang

JPJ roadblock Bernama 1 scaled 1

JPJ akan lancar operasi berskala besar minggu hadapan terhadap kenderaan lori