Netizen heboh membaincangkan hal penyanyi dan pelakon lelaki 80-an Datuk ND Lala selepas satu video tular di media sosial.
@adlnshzwnie
Dalam video tersebut, ND Lala dapat dilihat sedang menyampaikan ceramah motivasi mengenai ‘Multiply Income’ semasa kursus perkahwinan. Beberapa netizen mengulas mengenai ND Lala, yang merupakan bapa kepada penyanyi Shila Amzah, samada dia sedang berkongsi petua berbilang isteri atau MLM.
Terdahulu, ND Lala menjadi tajuk utama berita kerana khabar angin memberitahu dia telah berkahwin baru dengan wanita yang lebih muda. Bagaimanapun, belum ada penjelasan atau kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini.
Sumber: TikTok