Pelakon Mawar Rashid telah menarik perhatian warga netizen dengan kemahirannya berkomunikasi dalam bahasa Thai ketika berbual dengan jurusolek terkenal Babarabeer dari Thailand.
Mawar berkongsikan pengalaman tersebut dalam akaun TikTok miliknya.
@mawarashid Teman mommy Jan getting ready for her reception 💕
“Teman mommy Jan getting ready for her reception,” tulisnya.
Dalam perbualan itu, Mawar kelihatan fasih bertutur dalam bahasa Thai ketika jurusolek itu sedang mempersiapkan pelakon Janna Nick untuk acara resepsinya baru-baru ini. Jurusolek itu malah memuji kebolehan Mawar bertutur dalam bahasa Thai itu.
Hantaran itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengikut Mawar, yang seronok menyaksikan kebolehannya berbahasa dalam bahasa asing.
Sumber: TikTok