watie anjali kkhh
in

Netizen banding hubungan Shuib dan Watie mirip Rahul dan Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu sedang menghitung minggu menjelang perkahwinannya dengan Watie Hanafiah.

Dalam masa persiapan untuk majlis mereka pada 23 Jun ini, Watie meluangkan masa untuk mengeratkan lagi hubungan dengan anak bongsu Shuib, Ayash.

Hantaran video yang terbaru menunjukkan Watie menghabiskan masa bersama putera bongsu Shuib itu, telah mendapat komen positif warga netizen, ramai turut memuji penampilan Watie yang anggun dengan tudung labuhnya.

Pada ruangan kapsyen, Watie menulis: “Ku sedar bukan kuasa ku, hanya Tuhan yang bisa memberi, cinta dia maha indah, ditakdirkan bersama,” tulis Watie.

Kisah cinta Watie dan Shuib telah membuat perbandingan dengan watak Anjali daripada filem popular Hindi, Kuch Kuch Hota Hai.

Shuib melamar Watie pada 5 Mei lalu, selepas Shuib kehilangan arwah isterinya, Siti Sarah, akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Uwais Alqarni (12), Dzahira Talita Zahra (10), Ariq Matin (8), dan Ayash Affan (1 tahun 5 bulan).

Sumber: Instagram

chong wei ajar lindan bm

Gelagat Lee Chong Wei mengajar Lin Dan beberapa ayat dalam Bahasa Melayu

ragut emas kanak jom heboh

Wanita bertudung berpelitup muka ragut rantai emas kanak-kanak di Jom Heboh