neelofa anak ramai bola sepak
in

Neelofa mahu anak yang ramai seperti pasukan bola sepak

Pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa telah menyatakan hasrat untuk memiliki keluarga yang besar. Dalam video TikTok terbaru, PU Riz yang juga dikenali sebagai Muhammad Haris Mohd Ismail, menjawab soalan mengenai bilangan anak yang mereka inginkan. Haris, 28, mendedahkan Neelofa berhasrat untuk mempunyai beberapa anak yang seramai seperti pasukan bola sepak.

@nunha.co Neelofa nak anak seramai satu team bola! MashaAllah best 🤩 Selagi ada kudrat dan rezeki dari Allah kita terima je, ye dak? 😝 Kalau korang nak berapa anak? #neelofa #bilal #puriz #innaiviral #racuntiktokshop ♬ original sound – Innai Nunha HQ

Neelofa pula menyebut Haris bertuah kerana mempunyai isteri yang seronok mempunyai ramai anak. Dia juga menyatakan dia tidak menetapkan had bilangan anak, asalkan mampu untuk menjaga dan membesarkan mereka.

“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.”

Neelofa dan Haris mengikat tali pertunangan pada 27 Mac tahun lepas. Mereka menyambut kelahiran anak pertama mereka, Muhammd Bilal, pada 29 Januari 2022 yang lalu.

Sumber: TikTok

WhatsApp Image 2023 06 05 at 3.05.59 PM

Lelaki hilang ketika cuba menyelamat adik-beradik di Pantai Bagan Lalang ditemukan lemas

azharsulaiman kris leona bodoh

“Nak jadi macam Alif Syukri ke” – Azhar Sulaiman naik hangin dengan perangai anaknya