Pada bulan Julai tahun lalu, jurusolek terkenal MUA Bellaz, melahirkan anak keempatnya, yang dinamakannya Nur Aisywara Nealofa.
Pengikut Bellaz di media sosial pasti melihat banyak perkongsiannya adalah bersama anaknya. Baru-baru ini, dalam sebuah hantaran video di TikTok, dia dilihat sedang membawa anaknya keluar dengan stroller yang mahal.
@muabellaz 🖤
Stroller tersebut adalah dari jenama mewah, dan dilaporkan berharga RM25,000. Netizen kagum serta terkejut melihat Bellaz mampu mempunyai stroller yang mencecah puluhan ribu Ringgit itu.
Melihat kepada ruangan komen, ramai ibu bapa yang berdoa agar suatu hari mereka juga berpeluang untuk memiliki stroller jenama mewah itu.
Sumber: TikTok