Konsert rock memang terbiasa sekiranya ada mosh pit, suasana di mana penonton konsert melakukan aktiviti fizikal yang keras. Bagaimanapun, insiden baru-baru ini di sebuah konsert rock tempatan di Stadium Indoor Malawati Shah Alam, telah menunjukkan berlaku pergelutan semasa mosh pit itu berlaku.
Sebuah video yang dikongsi oleh seorang netizen di Twitter bernama @amnxfq, merakamkan beberapa pengawal keselamatan yang didakwa telah memukul penonton semasa mosh pit.
konsert jiwa kacau betul-betul kacau,
first time aku gi masuk mosh pit kena belasah dengan security hanat betul. @bunkfaceband @hujanband @KugiranMasdo #JiwaKacau pic.twitter.com/uyGL5DPcQD— ص (@amnxfq) June 17, 2023
Insiden itu telah mencetuskan pertengkaran sengit antara anggota keselamatan dengan penonton konsert, dengan pelbagai pendapat diberi oleh netizen mengenai perkara itu. Ada yang mempertahankan pengawal keselamatan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka hanya menjalankan tugas mereka, manakala yang lain mengecam tingkah laku agresif pengawal tersebut.
Walaupun pihak penganjur konsert belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu, namun seorang individu telah mempertahankan keadaan mosh pit semasa acara itu berlangsung.
ini video untuk korang yang quotes tweet aku yang terpaling pergi konsert/gig, “bunkface pon nak mosh” eh lahabau kau fahamkan dulu maksud mosh baru kau comment.
thank brothe big buat vid ni 🫡 pic.twitter.com/gmjemRLKM6
— ص (@amnxfq) June 18, 2023
Netizen yang menyiarkan video itu mendakwa dirinya tidak bersalah, menyatakan bahawa ini adalah kali pertama mereka menyertai mosh pit.
Sumber: Twitter