Berita sedih bagi dunia hiburan tempatan, Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan Inteam yang terkenal, telah meninggal dunia.
Berita itu dikongsi secara rasmi oleh Razin Che Mud, Presiden Persatuan Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), menyampaikan berita takziah tersebut dan perjalanan kareer muziknya.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd. Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” katanya menerusi WhatsApp.
Suhaimi Saad mengalami masalah pneumonia, menyebabkan beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu. Suhaimi dilaporkan mengalami masalah batuk kronik dan cirit-birit yang berpanjangan, dan amat memerlukan rawatan kecemasan dengan segera.
Di sebalik pemergiannya, legasi Suhaimi sebagai ahli Inteam pasti akan kekal dalam ingatan para peminat muzik nasyid di Malaysia.
Sumber: Facebook