syamsul lambo berasap
in

Lamborghini Syamsul Yusof kelihatan berasap, namun Syamsul kelihatan tenang sahaja

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, yang terkenal dengan minatnya terhadap kereta mewah, baru-baru ini mengalami insiden yang tidak dijangka melibatkan Lamborghini miliknya.

Sebuah video TikTok yang tular malam semalam, merakamkan kereta mewah Syamsul dilihat berasap di tepi jalan. Dalam video yang dikongsi Berita Hairan itu, Syamsul dilihat sedang memeriksa bahagian belakang keretanya, mungkin cuba mengenal pasti isu tersebut. Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai punca kejadian.

@beritahairanmy Semoga baik-baik saja ya.. Ira Kazar ada sekali tak? #syamsulyusof #lambo #lamboghini #aventador #lamboghiniaventador #keretamahal #artismalaysia #trendingtiktok #trending #beritahairan #fyp #fypシ ♬ original sound – BERITA HAIRAN

Insiden ini berlaku di tengah-tengah isu yang menyelubungi Syamsul, termasuk komen isterinya Puteri Sarah supaya dia menjual kereta mewahnya untuk memenuhi nafkah tertunggak dan bayaran mutaah.

img 0890.jpeg

Walau bagaimanapun, butiran mengenai perkara itu masih tiada maklumat kemaskini. Diharapkan agar Syamsul dapat dimudahkan urusannya mengenai keretanya, dan kes hubungan mereka dapat diselesaikan dengan cara yang lebih damai.

Sumber: TikTok

tesla malaysia is hiring walk in recruitment day a tesla malaysia is hiring walk in recruitment day a 1667768118821916672

Tesla Malaysia akan membuat hari temuduga walk-in pada 17 Jun 2023 ini

amin idris johan

Isu isteri tak tutup aurat tapi tetap solat, Amin Idris menjelaskan dari sudut dakwah