Penyanyi Misha Omar berasa terkejut dan bersyukur kerana lagu popularnya, Sembunyi berjaya mencapai Top 10 Most Streamed Malay Singles In Malaysia dari carta ERA, walaupun lagu itu sudah berusia 16 tahun.
Lagu itu kembali popular selepas menjadi trend di TikTok, namun Misha sendiri tidak menyedari popularitinya kerana dia tidak mempunyai akaun TikTok.
“Saya memang tidak tahu lagu Sembunyi jadi trend di TikTok kerana tidak punya akaun TikTok. Peminat yang beritahu dan saya sangat menghargainya kerana ada saja jalan Allah bagi supaya orang tahu dan kenal lagu saya walaupun lagu tersebut sudah ‘tua’.
“Ini juga menjadi bukti media sosial ada kebaikan kerana mampu menjadi pengawet lagu supaya ia bersifat
Sembunyi, yang diterbitkan oleh Aidit Alfian dan menampilkan lirik oleh mendiang Loloq, memperoleh kedudukan ke-10 dalam carta.
Lagu yang dilahirkan pada 2007 itu mempunyai sejarah pencapaian tersendiri, termasuk menjadi finalis dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 dalam kategori Pop Rock, dan Hits 1 Musim 5 Akhir di RTM.
Sumber: Instagram