Berita baik para peminat band Muse yang sudah beli tiket konsert mereka yang lepas, pihak penganjur Hello Universe telah mengumumkan tempat baru untuk persembahan mereka nanti pada 29 Julai 2023, berpindah dari tempat Bukit Kiara Equestrian kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perubahan itu dilakukan setelah ramai yang mahukan tempat konsert ditukar atas sebab tempat sebelumnya di Bukit Kiara mempunyai masalah pengangkutan awam dan kawasan parkir.
Konsert Muse ini merupakan satu-satunya konsert di Asia bagi tahun ini, dan pastinya ramai orang dari sekitar Asia akan datang ke Malaysia untuk hadir menonton konsert band kegemaran mereka.
Bagi yang sudah membeli tiket sebelum ini, anda akan menerima tiket baharu yang dikemas kini melalui e-mel anda tidak lama lagi. Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C masih kekal sama di atas padang. Susunan tempat duduk terdahulu untuk Zon D akan diselaraskan menjadi Zon D RM950 (tanpa bayaran tambahan) di lokasi baharu.
Tiket baharu akan mula dijual esok dari jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my.