kj sebak happy fathers day
in

KJ sebak menerima ucapan hari bapa dari anaknya di konti Hot FM

Penyampai Hot FM, KJ, Johan dan AG, tidak dapat menahan emosi masing-masing ketika mereka mendengar rakaman ucapan daripada anak-anak mereka sempena Hari Bapa. Kejutan itu dianjurkan oleh Fara Fauzana, seorang lagi penyampai radio di Hot FM.

Semasa segmen Bekpes Hot pagi tadi, ucapan-ucapan yang menyentuh perasaan itu telah dipasang, dan ternyata naluri seorang bapa itu amat dirasai, kerana KJ tidak dapat menahan sebak dirinya setelah mendengar kata-kata ucapan kasih sayang daripada anak-anaknya.

“We love you Papa, kita kan dah sambut father’s day semalam. We love you much Papa,” luah anak mantan Menteri Kesihatan itu.

@hotfm976_ Awwww kalau korang nak tau, pagi tadi ada kejutan ucapan Hari Bapa tau! So, ada ucapan-ucapan istimewa daripada anak-anak Chief @Khairykj ! KJ menangis!! 🥺🥺 Satu konti sebak tauuuuu 🥺🥺🥺 Selamat Hari Bapa, Papa KJ! 👨‍👩‍👧✨👑 #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm ♬ original sound – Hot FM

Seorang lain anak KJ berkata,

“Knock, knock… who’s there?”

“Huppy… Huppy who?

“Happy Father’s Day, Papa… I love you,” kata seorang lagi anaknya.

AG dan Johan yang menyambut hari lahir mereka pada minggu itu turut tersentuh dengan ucapan anak masing-masing.

Lima anak AG merujuknya sebagai adiwira, melahirkan rasa syukur kerana mempunyai bapa yang bertanggungjawab dan hebat.

“Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah ‘superhero’ saya.

“Selamat Hari Lahir,” kata salah seorang anaknya.

Anak-anak Johan pula menyatakan penghargaan mereka kerana mempunyai bapa yang penyayang dan boleh dipercayai.

“Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodi nak doakan papa, murahkan rezeki papa.

“Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang terbaik selama ini,” ungkap Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.

Teruja dengan hadiah tidak disangka-sangka, ketiga-tiga penyampai radio berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara atas kejutan cukup bermakna.

Sumber: TikTok

india jangan jual ke melayu

Dituduh khianat jual produk tradisional India ke Melayu, wanita ini tenang balas komen biadab tersebut

pekerja 7e ditumbuk lelaki mabuk

Lelaki mabuk tumbuk dan ambil selfie dengan mangsa pekerja serbaneka kerana cuba mengambil payung