Minggu lalu, timbul kontroversi mengenai pelawak Singapura Jocelyn Chia, yang kini menetap di Amerika Syarikat, selepas dia membuat jenaka tentang Malaysia, termasuk topik sensitif berkaitan tragedi pesawat MH370.
Jenakanya disifatkan melampau dan tidak sensitif langsung, menyebabkan kritikan ramai daripada netizen yang marah.
Walaupun berdepan dengan cemuhan dan ugutan ramai pihak, secara tiba-tiba kita mendapat tahu, Jocelyn Chia bersama Chrissie Mayr, sedang merancang Apology Tour di Kuala Lumpur.
Kemunculan mereka yang dijadualkan pada 26 Ogos 2023 nanti, di Electric Boulevard di Trec, sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen Malaysia.
Perlu diingat bahawa Chrissie Mayr, yang akan muncul bersama Jocelyn Chia, sebelum ini menjadi tular kerana mempertahankan jenaka pelawak itu, dan menolak untuk meminta maaf.
Sebaliknya, Jocelyn Chia sendiri baru-baru ini mengkritik permintaan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan bantuan Interpol untuk menangkapnya sebagai mengarut.
Kami tak rasa persembahan itu betul, just nak troll orang sini sahaja sebenarnya. Tapi apa pendapat korang?
Sumber: Facebook