zulin aziz seram ch
in

“Kena kacau hantu tak kelakar ya” – Zulin Aziz kongsi kisah seram bercuti di Cameron Highlands

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz baru-baru ini berkongsi pengalaman menyeramkan diganggu oleh perkara menyeramkan semasa menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands bersama suaminya.

7246039714006863106

“Lama tak pergi Cameron Highlands. Tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya!

“Tak cukup tidur. Dia ganggu sampai nak masuk subuh. Mengantuk-mengantuk pagi tu terus checkout. Nasib baik breakfast sedap,” kongsinya.

Zulin memuat naik pengalamannya di TikTok, menceritakan gangguan yang berlarutan sehingga hampir subuh. Pasangan itu diberitahu mereka diganggu oleh bunyi bising, salakan anjing, dan bunyi perabot digerakkan, membuat mereka checkout lebih awal kerana tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi.

7246039714006863106 1

“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin. Ko ghase??? Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot. Lepas ni aku pergi Cameron Highlands balik hari je lah. Siang indah…Malam seram oi,” tulisnya.

Pendedahan Zulin itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang berkongsi pengalaman sendiri dengan gangguan mistik mereka ketika bercuti, sama seperti yang dialami oleh pelakon itu.

Sumber: TikTok

https s3 ap northeast 1.amazonaws.com psh ex ftnikkei 3937bb4 images 6 2 3 1 13581326 1 eng GB 20180405 Astro logo scaled 1

Keuntungan bersih Astro turun 84.11% pada suku pertama 2023

cikgu geledah beg

Netizen persoalkan tindakan cikgu TikTok terkenal ini menjadikan anak murid sebagai kandungan