Penyanyi dan pelakon Naim Daniel mendapat perhatian netizen dengan gelagatnya yang suka berjenaka ketika membuat persembahan di Universiti Malaya.
Video tular di TikTok menunjukkan Naim ditegur oleh penonton yang memintanya mempercepatkan persembahannya. Tidak melatah dengan permintaan itu, Naim secara selamba meminta penonton menunggu sambil memberitahu mereka telah membeli tiket murah untuk persembahan itu.
@jemblenggg aku kena marah dengan ayam woi 😭🤣 #naimdaniel #naimians #universitimalaya #sekopi ♬ original sound – jêmmm 👾🧬
“Cepatlah,” laung penonton berkenaan.
“Kejaplah! Kau nak cepat mana lagi sebenarnya? Kau bayar RM7 je,” katanya.
Sambutan spontan itu mendapat gelak tawa orang ramai di Kompleks Perdananan Siswa Universiti Malaya, dalam majlis Pelancaran Sekopi.
Walaupun sesetengah orang menganggap interaksi santainya lucu, ada juga netizen menyatakan tindakannya itu mungkin dianggap kurang sopan.
Sumber: TikTok