1834264
in

“Kau ingat artis ni hamba abdi?” – Reen Rahim kecewa dituduh sombong lari dari peminat

Pelakon Reen Rahim baru-baru ini menyuarakan kekecewaannya terhadap seseorang yang membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya di media sosial.

Pada mulanya, Reen berniat untuk meminta maaf kepada orang ini, tetapi kesediaan itu hilang apabila dia menyedari individu itu secara terbuka mengejeknya di ruangan komen.

350120632 220713204094911 294468189195271733 n

“Aku jadi ‘panas’ sebab baru-baru ini ada viral artis dituduh sombong. Aku pantang betul kena sergah macam ini.

“Mungkin artis lain kena macam-macam, salah atau tidak mereka kena jaga nama dan minta maaf. Dengan aku kau silap!

“Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau ingat artis ni hamba abdi?” katanya.

349439723 1287568778504658 6325588875171013046 n

Reen menulis luahan hatinya itu menerusi di laman Instagram pada Isnin.

Reen menjelaskan bahawa dia bukan sengaja mengelak pertemuan seperti yang didakwa, tetapi pada masa tersebut dia terpaksa pergi menggunakan tandas. Sebaik selesai, dia ada pergi memeriksa booth dia sebelum itu, tetapi tidak menemui sesiapa di situ, lalu dia terus menuju ke keretanya untuk makan.

Tambahan pula, Reen menekankan bahawa dia mempunyai bukti yang menunjukkan dia tiada masalah melayan semua orang.

Sumber: Instagram

trx

Syarikat bas Starmart Express dan TRA Xpress digantung berkuat kuasa 12 Jun 2023

29523jun1 1685352076

Hanya kerana putuskan pertunangan, seorang lelaki tikam bekas tunangnya di Kota Kinabalu