Asif
in

Kakak dedah bapanya guna gaji Asif Suhaimi untuk membeli dadah dan berjudi

Siti Nur Atina, kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi, tampil mendedahkan kebimbangan mengenai bapa mereka yang menyalah gunakan duit bayaran yang diterima Asif.

Dalam catatan Facebooknya, Atina mendedahkan bahawa bapa mereka telah menggunakan pendapatan Asif untuk membeli dadah, dan terlibat dalam aktiviti perjudian. Apa yang lebih mengejutkan, bapa mereka secara terbuka menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU).

Screenshot 2023 06 21 at 3.08.21 PM 1024x589 1

Atina berasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini berikutan tuduhan berbaur fitnah yang dilemparkan oleh bapa mereka, yang mendakwa dia telah mengambil wang kerja Asif ketika terlibat dalam projek Syahmi Sazli.

353405741 10229230329041657 6602239527848180501 n 829x1536 1

Jelasnya, bapa mereka memberitahu dia tidak menerima jumlah penuh bayaran RM7,000 daripada Syahmi, kerana sudah diketahui umum di kalangan penduduk kampung dan ahli keluarga, mengapa tindakan akaknya itu dilakukan. Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa, telah digunakan untuk keperluan Asif.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu telah berlaku, ini kerana kejadian serupa berlaku sekitar 2019, apabila bapa mereka memaksa Asif mengugut Syahmi untuk mengambil bayaran awal.

Screenshot 2023 06 21 at 3.09.45 PM 1024x581 1

Atina meluahkan kekecewaannya, kerana dia tidak dapat lagi bertolak ansur dengan tindakan ayahnya yang sangat menyusahkan, hanya kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk dadah.

Dia menyatakan bahawa dia lebih sanggup menjatuhkan maruah keluarga dengan mendedahkan butiran ini, kerana dia sudah tidak tahan dengan fitnah yang ditujukan bapa mereka kepada Asif, mengenai pembayarannya.

Screenshot 2023 06 21 at 3.10.48 PM 1024x361 1

Untuk rekod, Asif Suhaimi yang juga dikenali sebagai Mohamad Asyiff Suhaimi, merupakan seorang YouTuber yang kerap berkolaborasi dengan Syahmi Syazli dalam pelbagai projek drama dan filem. Asif, walaupun bergelar remaja kurang upaya, menerima anugerah Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH) tahun 2020.

Sumber: RotiKaya

rider gaduh kota warisan

Sekumpulan rider penghantar makanan bergaduh tidak puas hati ditegur, kejadian di Kota Warisan

logo polis 2 1598017562

4 laporan penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang