Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, yang dikenali sebagai Dini, dan Nurul Jannah binti Muner, yang dikenali sebagai Janna Nick, telah mengikat tali penikahan mereka dalam satu majlis yang berlansgung di Masjid Aisyah. Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner bin Abdullah, dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan pengerusi masjid.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini.
Dini menghadiahkan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas kepada Janna, melambangkan pertemuan awal mereka pada 27 Mac 2019 lalu. Majlis rekaan The Calla itu dihadiri keluarga, sahabat handai dan selebriti. Pasangan itu kemudian akan meneruskan majlis resepsi mereka di sebuah resort di Langkawi.
Malam tadi sebenarnya telah berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin, disertai oleh Ustaz Wadi Annuar, rakan artis, dan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.
Dini melahirkan rasa syukur dan teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami, manakala Janna mengakui bercampur-baur rasa perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Pasangan itu memilih Koh Lipe, Thailand, sebagai destinasi berbulan madu. Mengenai kerjaya dan rancangan untuk anak-anak, Janna menyatakan hasrat untuk meneruskan kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.