vlcsnap 2023 06 17 15h15m12s831
in

Isu Konsert 4G’S, penganjur beritahu mereka tidak terima duit jualan tiket RM100,000

Menurut Fendy, penganjur kepada Konsert 4G, dia masih menuntut bayaran balik untuk jualan tiket yang tidak dikembalikan sebanyak RM100,000 melalui Redtix Sdn. Bhd.

Walaupun menghadapi masalah kewangan, Fendy berjanji akan membayar balik duit penonton yang telah membeli tiket konsert yang menampilkan Tomok, Hazama, Black Hanifah, dan Akim Ahmad, sebaik sahaja menerima duit jualan tiket.

“Kami belum dapat apa-apa bayaran lagi daripada Redtix. Semua wang hasil penjualan tiket yang bernilai hampir RM100,000 itu ada pada mereka.

“Redtix pernah keluar notis untuk siapa yang nak refund boleh isi form tapi tak berlaku walaupun mereka dah buat seperti yang diarahkan.

“Kita rela refund, tapi Redtix sampai sekarang hilang tanpa khabar berita.

“Kita minta peminat bersabar sehingga kita dapat kembali duit dari pihak ticketing redtix yg sehingga sekarang masih belum dapat walau satu sen.

“Bagi peminat yang telah membeli tiket diharapkan tetap menyimpan bukti pembelian,” jelasnya.

Nasib konsert itu masih tidak boleh ditentukan berikutan pandemik COVID-19 yang berterusan, menyebabkan beberapa kali penangguhan sehingga hari ini.

“Sebenarnya kita tak nak cancel dulu, tapi bila dah pandemik ini…kita juga dah terkesan.

“Malah selepas bulan Disember tu kita rancang untuk teruskan pada April kemudian Julai 2021 tapi tak berjaya juga kerana masih dalam pendemik.

“Lagipun hendak mengumpulkan balik penyanyi ini dalam satu tarikh yang lain juga agak usah sebab mereka ada komitmen masing-masing,” ujarnya.

Tomok, bersama rakan penyanyi Hazama, Black Hanifah, dan Akim Ahmad, telah membuat laporan polis berhubung Konsert 4G yang masih tertangguh.

Mengikut perancangan asal, konsert itu dirancang pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert itu kemudian dijadualkan semula pada 11 dan 12 Disember tahun yang sama. Walau bagaimanapun, ia tidak berlangsung seperti dijadualkan.

Sumber: Gempak

354984386 579892674296838 4152813272407562041 n

Penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya SUKE sudah serah diri

1 6 1

Dolla tersenarai dalam MsMojo top 10 International Girl Group