amin idris johan
in

Isu isteri tak tutup aurat tapi tetap solat, Amin Idris menjelaskan dari sudut dakwah

Pelawak dan hos radio terkenal, Johan, telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya mengenai wanita bertudung semasa acara Perkampungan Sunnah baru-baru ini.

Isu tersebut telah mendapat tarikan di TikTok, di mana video menunjukkan Johan menyatakan keutamaannya terhadap wanita tanpa tudung, tetapi menekankan kepentingan solat. Menjawab isu itu, Amin Idris tampil menjelaskan perkara tersebut.

Amin yang turut hadiri program majlis ilmu di mana Johan membuat kenyataan itu, telah memuat naik video TikTok untuk menjelaskan keadaan sebenar.

@iamaminidris Solat itu wajib. Tutup aurat pun wajib. Tak tutup aurat bukan alasan untuk tak solat. #tazkirahironman ♬ original sound – iamaminidris

Jelasnya, Johan hanya diberikan dua pilihan dalam perbincangan itu, dan menyatakan jika terdapat pilihan ketiga, yang melibatkan menutup aurat dan kekal solat, Johan pasti akan memilihnya.

Amin Idris seterusnya mengetengahkan kepentingan solat dalam Islam merujuk kepada pelbagai hadis yang menekankan sifat wajibnya. Tambah Amin Idris, terlalu banyak hadis yang menerangkan mengenai kewajipan untuk menunaikan solat dan solat teletak dalam perkara yang kedua dalam rukun Islam.

Tambahnya lagi, kita sepatutnya mendoakan isteri Johan dan elakkan dari memaki dan mengutuk kerana dibimbangi dia lebih jauh dari kita dan akhirnya dia lagi lambat untuk menutup aurat.

Amin Idris mengakhiri ucapannya dengan berkongsi klip video Ustaz Azhar Idrus yang menegaskan wanita yang solat tetapi tidak bertudung dianggap lebih baik daripada yang bertudung tetapi mengabaikan solat.

Sumber: TikTok

syamsul lambo berasap

Lamborghini Syamsul Yusof kelihatan berasap, namun Syamsul kelihatan tenang sahaja

eva darron 214170 unsplash

Pembangkang cadang selaras jadual penerbangan pagi dengan waktu solat Subuh