isteri nd lala cerai
in

Isteri ND Lala mengumumkan cerai selepas 34 tahun berkahwin

Datin Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, mengumumkan telah bercerai dengan suaminya selepas 34 tahun berkahwin.

Fauziah berkata, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, melafazkan cerai di Masjid Ar Rahman di Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu. Dia dimaklumkan mengenai perceraian itu menerusi WhatsApp pada pagi Selasa.

“Alhamdulillah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami (ND Lala) pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (Selasa) melalui WhatsApp,” katanya.

Snapinsta.app 366064547 18377919661029405 4232306046165976008 n 1080

Fauziah berkata, dia berterima kasih atas sokongan keluarga dan rakan-rakannya ketika masa sukar ini.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

“Saya reda dengan apa yang dilalui ini dan Insya Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Snapinsta.app 340321566 1956755257997805 7985741457750490319 n 1080 1

ND Lala dan Fauziah telah berkahwin pada 1989 dan mempunyai empat anak bersama.

Perkahwinan pasangan itu menjadi tumpuan sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas Fauziah menuduh ND Lala curang kepadanya. Dia juga telah memfailkan perceraian pada April, tetapi kes itu kemudiannya ditarik balik.

Dalam catatan Instagramnya, Fauziah berkata dia kini menantikan lembaran baharu dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin dengan doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini.

“Mungkin ini asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya Allah,” jelasnya.

Sumber: Instagram

maxresdefault 7

Episod pertama Tom & Jerry versi Singapura dimulai dengan Durian

meta whatsapp landscape zuck

WhatsApp melancarkan perkongsian skrin dan mod landskap untuk panggilan video