Sebuah video yang merakamkan pelakon Iqram Dinzly sedang solat di dalam kapal terbang baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Video yang dikongsikan oleh netizen di TikTok itu menunjukkan bahawa Iqram merupakan penumpang yang paling awal menunaikan solat Zohor berikutan proses daftar masuk yang selari dengan waktu solat.
@syarifahnabilahbi2 Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan @Yang Mulia IQ Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dlm semua penumpang. Sbb time check in bertindan ngam2 waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that 🥺 Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed. #iqramdinzly #mstaronlineofficial #spiritualawareness ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA
“Bismillahirahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan Iqram Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dalam semua penumpang.
“Sebab time check in bertindan ngam-ngam waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that. Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan kekaguman terhadap kekhusyukan Iqram dan berkongsi pemerhatian mereka terhadap ketelitian dan khusyuknya menunaikan solat. Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah berjumpa dengannya.
“Kagum tengok orang boleh jaga solat walaupun dalam flight. Solat bagi menghormati waktu. Bagus sebenarnya Iqram Dinzly ni. Nanti dah landing boleh qada semula solat.
“Saya pernah duduk semeja dengan beliau. Dia sahabat kepada suami. Dia sebenarnya sejenis yang menjaga solat pada awal waktu dan seorang yang pembersih ya amat,” ujar netizen.
Sumber: TikTok