Pada hujung minggu lepas, kumpulan Hujan telah mengadakan persembahan dalam konsert ‘Aku, Muzik & Kamu’, yang berlangsung di Johor Bahru, Johor. Ketika dalam persembahan, Noh Salleh menegur hadirin konsert tersebut yang kelihatan kurang rock.
Video yang dikongsi oleh pengguna polyyyzul menunjukkan penyanyi yang berusia 38 tahun itu kurang berpuas-hati dengan suasana konsert ketika persembahan mereka.
@polyyyzul Replying to @fazzfairuz mesti ada , HAHA😂#akumuzikkamu2023 #galauberat #NightVibes ♬ original sound – Polyyyzul
Malah Noh turut mengatakan peminat yang berada di hadapannya seperti menyaksikan persembahan daripada penyanyi Haqiem Rusli, konsert yang mereka hadir adalah rock.
Ramai netizen memberi komen bahawa yang hadir bukanlah mereka yang rock dalam scene suatu ketika dahulu, dan mungkin juga tenaga orang dalam konsert sudah kepenatan kerana konsert telah berlangsung sejak dari petang.
Sumber: Tiktok